December 24, 2008

Selamat Tinggal 2008.. Selamat Datang 2009..

Cepat betul masa berlalu.. Tanpa di sedari dah pun masuk tahun baru.. Segala apa yang berlaku sepanjang tahun 2008 akan sentiasa menjadi satu pengalaman dan kenangan buat setiap umat manusia.. Sesungguhnya setiap pengalaman itu mempunyai pengajaran yang bermanfaat yang membolehkan kita menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.. Insya'Allah.. Jadi sesekali kita perlulah pandang ke belakang agar kita tak mudah lupa diri dan terus berpijak di bumi yang nyata..
Selamat tinggal 2008 dan 1429H..
Setiap kali tahun baru pasti ader azam baru.. Azam tahun lepas tak tercapai lagi dah sibuk nak pasang azam baru.. Tu lah ragam manusia.. Termasuklah aku.. huahuahua.. Apa2 pun azam tahun lepas mesti di tunaikan dulu.. Azam untuk kurus.. Kak long dah kurus.. Aku jer tak kurus2.. Mana tak nyer diet hangat2 tahi ayam jer.. Tp tahun ni aku kne nekad senekad nekad nyer.. Berat dah semakin menaik.. Azam baru plak secret.. Klau tertunai nanti akan diwar2kan.. Tunggu!!!... Apa2 pun aku harapkan tahun ni lebih baik dari tahun sebelum nya..
Selamat Datang 2009 dan 1430H..

December 18, 2008

Cuti Hujung Minggu..

Sabtu lepas bagi memenuhi cuti hujung minggu kitaorg bercadang gi Zoo Johor.. Opis mate bawak anak sendiri aku plak pinjam anak Kak Long (Kak Juli).. Al-Maklumlah blum ader anak sendiri.. Kahwin pun tak lagi.. Hehehe..
Tepat kul 4 sampai zoo Johor.. Bayaran masuk kanak2 RM1, dewasa RM2.. Byklah jugak binatang dalam zoo ni.. Zoo Johor mmg terkenal dengan binatangnyer yang sentiasa nampak sakit dan kurus2 belaka.. Diet agaknya.. hehehe.. Bau busuk jangan cakap ler.. Paling busuk kat tmpt gajah.. Rasa kesian pun ader bila tgk keadaan binatang kat sini.. Hidup terkurung dan mcm tak terurus.. Nak amik gambar ngan binatang2 kat zoo ni susah sikit.. Kureng aktif dan pemalu belaka.. Walaupun begitu sempat gak kitaorg snap beberapa keping utk kenang-kenangan...

Dari zoo kitaorg rancang nak celebrate birthday Dik Nur.. Birthday yang ke-24.. Konon2nyer nak celebrate kat Kota Raya tp tak jadi sbb KFC dah tak der.. Kitaorg pun tukar lokasi.. Gi Sutera Mall.. Anak2 sedara tak join sbb kena balik.. Ibu diorg nak bawak gi dinner kat Damai Seafood.. Tanpa di ketahui birthday girl kitaorg bli kek n present utk dia.. Celebrate kat KFC.. Walaupun plan last2 minit, jadi jugak surprise birthday party ni..


Ni lah birthday girl.. Nur Bazilah Ibrahim..

Award Dari Kak Jue..

Sorry ler kak jue lambat amik award.. Busy ler.. Apa2 pun thanks utk award yang comel lagi cute ni..


Gelak Ketawa 2..

Bunuh Diri

Seorang anak muda duduk di sebuah Kopitiam. Dia menatap hampa pada segelas minuman. Dia merenung gelas tersebut lebih kurang sejam lamanya. Kemudian, datanglah seorang gangster, lalu dengan selamba mengambil gelas pemuda ni dengan kasar. Tanpa membuang masa gangster ni pun segera meneguk minuman dalam gelas tu sampai habis. Dan tiba-tiba anak muda itu menangis tersedu-sedu... Gangster itu terkejut dan menepuk bahu anak muda tadi dan berkata,

Gangstar : Hei, anak muda, saya kan cuma bergurau. Mari saya belikan minuman lainnya. Saya tidak suka melihat seorang lelaki bersikap manja seperti ini.

Anak Muda : Bukan, bukan itu masalahnya. Hari ini adalah hari paling malang. Pertama, aku baru saja membuat syarikatku rugi 10 juta, bos telah memarahiku dan aku dipecat serta-merta. Kedua, ketika hendak pulang, kenderaanku hilang dicuri orang pulak. Bila aku buat laporan polis, polis kata, mereka tidak boleh buat apa-apa. Ketiga, aku terpaksa pulang menaiki teksi dan dompetku tertinggal di dalam teksi itu. Keempat, ketika membuka pintu rumah, isteriku sedang berlaku curang dengan kawanku sendiri dan di kedai ini pula, aku berpikir untuk bunuh diri. Tapi, anda baru saja mengambil gelas minumanku yang telah ku isi dengan racun...


WAD

Ada sorang makcik kelantan nih, dia pergi HKL nak cari sedara dia kemalangan. Sampai je kat HKL dia pun tanya la sorang nurse kat situ dalam loghat kelantan nyer. "Nak tupe tanyo, mana dio wod kecemase". Dengan selamba Nurse ni pun menjawab "Wad kencing masam takde....Wad kencing manis ader la"..
Kuang..kuang..kuang..


PENJUAL ROTI

Seorang penjual roti telah di langgar sebuah kereta. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang.. Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. Dia terus merintih kesakitan.
Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..
"Ada apa encik..? Ada apa?"
Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata,
"Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu ... Adaaaaaa rotii coklaaaattt ..."
?__________***


CIKGU MAN TAPAH

Pada satu petang, Cikgu Man Tapah telah di arahkan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani di padang sekolah. Sebagai permulaan Cikgu Man Tapah menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, di mana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Man Tapah memerhati seorang murid yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Man Tapah menyergah muridnya yang bernama Nahar tu.
"Woiiii Nahar, apa sebab kau berhenti ni hah!!"
"Basikal saya tengah turun bukit cikgu, sebab tu saya berhenti. Takkan turun bukit pun nak kayuh jugak."


December 04, 2008

Indonesia..

Alhamdulillah tahun ni rezeki murah sikit.. Awal tahun dapat tajaan gi umrah, akhir tahun plak dapat tajaan gi makan angin kat Indonesia.. Insya'Allah tahun depan rezekinya lagi murah.. hehehe.. Trip kali ni ikut travel agency.. Southern Sky Travel.. Beroperasi kat UTM..
Hampir 60 org ikut trip ni, 19 org daripadanya under abg ipar terdiri drpd staff n ahli keluarga sendiri.. Trip ni akan ke tempat beberapa daerah di Indonesia.. Jakarta, Bandung, Solo dan Jogjakarta.. Maka pada 28hb November 08 pukul 9 mlm kitaorg semua kene berkumpul di Senai Airport untuk taklimat sebelum berangkat ke Jakarta.. Oleh sebab2 yang tak dapat di elakkan jadual penerbangan kitaorg yang sepatutnya kul 12 delay selama 3 jam lebih.. Kitaorg pun terpaksa lah merempat kat ruang menanti departure tu..

Penerbangan mengambil masa sejam setengah.. Tiba kat Lapangan Terbang Jakarta dalam kul 4WIB (Waktu Indonesia Barat).. Dengan hanya sebuah bas yang boleh memuatkan kesemua peserta rombongan, kitaorg di bawa melihat suasana di pagi hari sekitar Bandaraya Jakarta sebelum ke hotel untuk check-in.. Bas yang kitaorg naik ni bkn nyer lain dari lain saiznyer tapi dalam nyer yang lain dari yang lain.. Seat nyer di susun 3, 2 dan saiz seat kecik cam seat bas sekolah..
Tempat pertama kitaorg lawati selepas check-in, mandi solat subuh dan breakfast ialah MONAS.. MONAS ni mcm tugu peringatan kita kat KL tu.. Cuma dia tak ader patung askar, yang ader cuma sebuah mercu.. Di atas mercu tu ader obor.. Obor tu di panggil Api Emas.. Di namakan Api Emas sebab apinya di perbuat dari emas.. Emas tulen.. Berapa karat tak ingatlah.. Klau tak silap di bina ketika pemerintahan presiden Sukarno..

Cam ni lah keadaannyer dalam bas.. cam sardin tak?..

Pastu kitaorg di bawa ke Tanah Abang.. Kat tanah abang pelbagai baju dari pelbagai jenis fabrik bleh bli.. Cantik2 design nyer.. Sulam nyer pun cukup halus.. Kat sini gak byk pilihan baju Muslimah n telekong.. Rambang mata beb.. Klau member rin yang ada kat Qatar skang ni ader sama, rasa2nyer satu kompleks dier borong.. Hehehe.. Jangan marah ea..
Dari Tanah Abang kitaorg ke puncak Gunung Bandung.. Dari puncak gunung ni bleh nampak hampir seluruh bandaraya Jakarta dan Bandung.. Kat puncak gunung ni kitaorg singgah sebuah masjid.. Cantik sangat masjid ni.. Ianya dibina bersebelahan sebatang anak sungai yang airnyer mengalir dari puncak gunung.. Tak payah pakai air-cond.. Udaranyer dah sejuk.. Amat menyegarkan.. Airnyer lagi sejuk.. Kat sini tak sempat berposing so pinjam gambar opis mate n abg ipar jer.. Dah puas kat puncak gunung kitaorg pun gi shopping lagi.. Kali ni shopping kat Chibaduyut.. Kat sini plak banyak kasut n barang2 kulit..
Keesokkan harinya plak tempat pertama kitaorg lawati ialah Tangkuban Perahu.. Perjalanan ke tangkuban perahu ni mengambil masa hampir 2 jam.. Sepanjang perjalanan banyak gerai2 kecil org kampung yang menjual hasil tani mcm lada, sayur2 hijau, ulam2 dll.. Ada jugak yang jual arnab.. Tangkuban Perahu ni salah satu gunung berapi yang masih aktif di Indonesia.. Namanya Tangkuban Perahu kerana dari tengah bandaraya Bandung kita bleh lihat puncak Gunung Tangkuban Perahu ni macam sebuah perahu yang tertangkup.. Bukan di sebabkan itu jer namanyer Tangkuban Perahu tp ader jugak lagenda di sebalik nama tu..

Menurut cerita pemandu pelancong kitaorg (Pak Didi), zaman dulu ader seorg raja yang suka memburu.. Dia mempunyai seorng anak pompuan yang sangat cantik dan awet muda.. Tak di mamah usia.. Tak igtlah nama dia.. Pompuan ni ader seorg anak lelaki.. Nak di jadikan cerita pompuan ni dah halau anak lelaki nyer yang masih kecil kerana menipunyer.. Bila besar anak lelaki nyer ni menjadi seorg yang perkasa, hensem dan cekap memburu mcm datuknyer.. Waktu memburu, dia telah terjumpa dan jatuh cinta dengan seorg pompuan yang amat cantik.. Maka bercintalah mereka sehingga nak kahwin.. Pada suatu hari sedang mereka bercengkerama tetiba pompuan ni terpandang satu tanda pada badan kekasih nyer yang membuatkan dia terigt pada ank lelakinya.. Dia pun tanya beberapa soalan kat kekasihnya utk pengesahan dan mmg sah kekasihnya adalah anak dia.. Pompuan ni pun bagitahu perkara sebenar kat mamat ni.. Oleh kerana mak dia ni awet muda dan tak dimamah usia, jadi anak nyer ni tak cayalah wanita muda n cantik ni mak dia.. So mamat ni tetap berkeras nak kawin.. Si pompuan ni tak nak maka dia pun bagi lah syarat kat anak dia ni agar wat sebuah perahu yang besar dalam masa seminggu.. Dengan kekuatan yang luar biasa dia pun wat lah perahu yg di minta.. Pada hari terakhir perahu tersebut pun hampir siap dan ini membuatkan si ibu kuatir dan meminta tolong pada Dewa agar menggagalkan penyiapan perahu tersebut.. Maka tak siaplah Perahu itu dan menimbulkan kemarahan si mamat ni lebih2 lagi apabila mendapat tahu perbuatan ibunya tu.. Dengan kemarahan yang amat sangat dia pun menendang perahu tersebut.. Jatuh tertangkuplah perahu tu dan mamat ni menginjak-injak perahu yang tertangkup tu hingga berlubang.. Maka terjadilah kawah gunung berapi tu.. Selepas tu pompuan ni telah menghilangkan diri dan mamat ni plak sehingga hujung usia mencari pompuan ni.. Org2 kat kampung pergununggan ni ckp kadang2 diorg terdgr satu suara memanggil nama pompuan ni dan kadang2 diorg ternampak seorg wanita cantik berpakaian jawa lama berjalan menuju ke arah gunung.. Begitulah cerita lagendanyer.. Ni versi pendek.. Klau panjang 2 hari pun belum tentu habis menaip.. Kat sini pun ader org jual cendera mata.. Ada gerai kecil di lereng2 kaki gunung ni.. Dah ader gerai apa lagi shopping ler..

Dari Tangkuban Perahu ni kitaorg di bawa pula melawat ke kolam air panas.. Biasalah kan klau dah dkt dengan gunung berapi pasti ader air panas nyer.. Untuk ke kolam air panas ni kitaorg melalui kebun teh.. Cantik.. Serupa jer ngan Cameron Highland kiter.. Pada jarak 1km sebelum tiba di kolam air panas ni kitaorg dah bleh bau belerang.. Bleh tahan kuat baunyer.. Waktu kitaorg tiba ramai jugak org kat Kolam Air panas ni.. Beratur panjang.. Nak mandi tak sempat.. Celup2 kaki jer lah.. Sejam kat sini..

Dari Tangkuban Perahu dan Kolam Air Panas, kitaorg ke tempat shopping yang dipanggil Factory Outlet.. Kat sini jual barangan jeans.. Hampir semua kedai jual Jeans.. Dari jenama Burberry sampai lah ke jenama Levis bleh dapat kat sini.. Kualiti hampir sama dgn yang tulen.. Harga murah giler.. Levis yang berharga RM300, cuma RPH150,000.. Lebih kurang RM45 jer.. Apa lagi kitaorg borong ler.. Penjaja pun ramai.. Jadi kitaorg diigtkan agar berhati2 dengan penyeluk saku dan ketika tawar menawar..
Pada hari ketiga kitaorg ke Keraton (Istana Lama) yang dijadikan muzium.. Muzium DiRaja.. Byk barang2 lama sewaktu pemerintahan Kesultanan Jawa dulu.. Dari pakaian sehingga lah kereta kuda yang digunakan untuk mengarak Sultan.. Berhampiran keraton ni ader pasar.. Lebih kurang mcm pasar org Kemboja kat Kota Tinggi tu.. Nama pasarnya Pasar Kelewar.. Kat sini banyak jual Batik.. Batik Solo.. Kitaorg apa lagi shopping ler.. Shopping buah tangan utk org Malaysia.. Syok sangat dengar cerita pasal keraton dan shopping tak terigt nak snap gambar.. Maka tak aderlah gambar yang bleh di layan..
Hari terakhir kita org dibawa melawati Candi Borobudur.. Antara salah satu keajaiban dunia.. Candi Borobudur ni mempunyai 10 lapisan/tingkat.. Setiap tingkat mempunyai ukiran.. Ukiran pada dinding candi ni menceritakan tentang ciri kehidupan manusia.. Contohnya tingkat pertama mewakili hawa nafsu, tingkat dua plak mewakili kelahiran dan begitulah seterusnya.. Sebenarnya tak ingat.. Stiap tingkat atau aras mempunyai chupa yang didiami oleh patung budha.. Menurut kepercayaan org Buddha sapa yang dapat menyentuh tangan atau kaki patung Budha ni, org tu akan dapat good luck n hajatnya akan termakbul.. Bentuk chupa ni yang seakan loceng mempunya susunan batu yang berlainan.. Menurut pemandu pelancong ni, bkn Pak Didi tau, jika lubang pada diding chupa berbentuk segitiga bermakna syurga yg tak sempurna dan jika berbentuk empat segi bermaksud syurga nyer sempurna.. Candi ni di jumpai oleh Sir Stanford Raffles.. Orang yang sama menjumpai Singapura.. Nak tahu lebih lanjut tentang candi ni apa kata bukak buku sejarah balik.. hehehe..
Mengah beb panjat candi ni.. Mcm panjat Batu Caves jer.. Tangga nyer plak lebar2.. Walaupun penat dan termengah2 memanjat ianya tetap merupakan salah satu kenangan yang tak dapat dilupakan.. Lebih2 lagi sempat bergambar ngan guard comel.. hehehe..
Dari Candi Borobudur ni kitaorg pun bertolak ke Lapangan Terbang Jogjakarta.. Lapangan terbang Jogja ni mcm LCCT kita.. Kecik jer.. Sblm naik n waktu dlm kapal terbang sempatlah snap beberapa gmbr.. Opis mate sorg ni sempat lagi bergambar ngan anak kapal Air Asia.. Kapal terbang yang pemain bola sepak M.U naik tu.. Flight kul 4.30WIB.. Lebih kurang kul 5.30ptg waktu Malaysia.. Penerbangan ambil masa 2jam.. Kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang LCCT lebih kurang kul 7.30mlm.. Alhamdulilah segalanyer selamat..



Tu jelah sikit coretan dan gambar yg sempat di ambil sepanjang melancong di beberapa daerah di Indonesia.. Biar pun penat berjalan dan turun naik bas, segala pengalaman akan sentiasa terpahat di fikiran..
So harap korg terhibur..

Jawapan Teka-Teki..

Sorry ler lewat 2 hari dari yang dijanjikan..
Ok lah ni jawapan bagi teka-teki yang di beri..

1. Penguin..
2. Stokin basah..
3. Pengail yang mendapat ikan..
4. Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau dan professor memikirkan masa depan..
5. Sebab anak dia perempuan lah..