April 02, 2009

Beijing..

I'M BACK!! hehehe.. Dh lama tak update blog ni.. rindu pun ada tapi nak wat camner, diri ini busy yang mengalahkan perdana menteri.. hehehe...

Sebenarnya awal bulan 3 gi berjalan makan angin.. Blum hilang penat jalan2 kat Indon tahun lepas dah berjalan lagi.. Trip kali ni jauh dari Indon... China.. Beijing.. Ikut rombongan bonda, di bawah persatuan guru2 besar.. Trip ni slama 7 hari 5 mlm.. Antara tempat2 yang kitaorg kunjungi Forbidden City (Kota Larangan), Tembok Besar China (The Great Wall Of China), Kilang sutera, Kilang mutiara, Summer Palace, Bird Nest Stadium dan beberapa shopping kompleks..

Disertai 24 org yang terdiri daripada gur2 besar.. Pada 03 Mac 09 pukul 5.30 ptg kitaorg bergerak ke KLIA.. Check in kul 10.30mlm dan flight kul 11.30mlm.. Kitaorg naik China Air.. Flight mengambil masa lebih kurang 6 jam..

Tiba di Airport Terbesar Beijing kul 6.00 pagi.. Memang besar giler airport ni.. Airport yg dibina semata-mata China jadi tuan rumah sukan olimpik... Tapi paling tak sangka cuaca yg amat sejuk.. Pakai sweater tebal pun masih terasa sejuknyer hingga menusuk ke tulang.. Suhu pada ketika itu 3 darjah celcius.. Apa lagi kesejukkan lah kitaorg ni.. Kata je dh penghujung musim sejuk tp masih bersalji..

Hidangan Breakfast..

Tour guide kitaorg bernama Maggie.. Dia baru 3 bulan blajar bahasa Indon.. jd ader jer yang tukang betulkan ayat si Maggie ni... biasa lah kan bawak pun cikgu2.. Hotel kitaorg dekat je dgn Forbidden City.. Jalan kaki tak sampai 15 minit dah sampai.. Lepas check in hotel, tmpt pertama kitaorg gi Summer Palace.. Dulu pada zaman pemerintahan maharaja China setiap denasti, pada musim panas maharaja n maharani serta gundik2 maharaja akan menghabiskan masa diorg kat istana ni.. Besar n cantik pamandangannyer klau musim panas.. waktu kitaorg tiba tu masih musim sejuk tp still cantik pemandangannyer.. Dari sini kitaorg ke pusat membeli belah.. masing2 nak bli coat tebal.. tak tahan sejuk..


Keesokkan harinya pagi2 tu lepas breakfast kitaorg ke pusat kraftangan dan kilang jade.. So dptlah kitaorg tgk bagaimana jade di hasilkan dan mcm maner diorg wat tembikar/pasu yang besar2 dari sejenis tembaga.. Nk cita pun dah lupa.. hehehe.. kauorg layan je lah gambar2 yang sempat di snap ni..

Dari sini kitaorg di bawa pula ke Tembok Besar China.. Dahlah kat tanah tinggi, angin plak kuat.. Fuyoo.. sejuk tak terkata.. bibir n kulit jadi kering.. Ada kenangan terindah kat sni.. Cikgu2 yang dah nak pencen pun masih kuat nak panjat Tembok besar ni tp yang muda2 ni hhhmmm hampeh (aku lah tu).. Gayat lah.. Rasa cam nak jatuh ke belakang.. tangga dah lah tak sama besar.. Seram ooo...



Dah penat berjalan kat tembok besar ni kitaorg tabur duit plak.. hehehe.. SHOPPING!!.. Pas shopping balik hotel then malam tu kitaorg di bawa ke sebuah restoran Halal untuk makan malam.. Lokasinyer dekat je dengan hotel kitaorg menginap.. Pemilik restoran ni berketurunan Arab so apa lagi hidangan nyer macam kat arab lah.. Ada roti nan lagi tu.. Kari.. Tetiba rasa rindu kat asam pedas masa tu.. K lah layan je lah gambar yg sempat snap kat situ..



Esoknyer pagi2 lagi kitaorg ke sebuah tadika.. Melawat tadika ni adalah aktiviti paling wajib skali.. Pergi pun dengan kelulusan Jabatan Pelajaran.. Mulanya nak melawat sekolah rendah/menengah tapi ketika tu diaorang masih bercuti.. Jadi kitaorg pun di bawa ke sebuah tadika..

Waktu kitaorg sampai budak2 ni baru je selesai wat senaman.. Tapi oleh kerana diaorng jarang dapat kunjungan orang luar jadi dengan relahati diaorg ni wat senaman sekali lagi.. Kira hari tu special cikitlah sebab wat senaman sampai 2 kali.. hehehe... Comel jer tgk diaorg wat senaman tu.. Tadika ni siap ader asrama.. Kecik2 lagi dah duduk kat asrama.. Seawal umur 3 tahun tau.. Hujung minggu baru dapat jumpa mak ayah.. Sadis betul.. Lagi sadis bila tetiba je sorg budak pompuan ni lbh kurang 4 tahun menangis n panggil maggie, mummy... Ni mesti muka mak dia cam maggie.. Rindu sangat kot kat mak dia tp sadis giler lah..

Untuk pengetahuan, kerajaan China masih mengamalkan satu keluarga satu/dua anak saja.. Cara diaorg tentukan anak dua atau sorg ialah dengan cara kalau salah seorang atau kedua2 dari pasangan tu ada adik maka mereka hanya boleh mempunyai seorang anak je.. klau dua2 anak tunggal diaorg dibolehkan untuk mempunyai 2 org anak.. Dan hanya anak pertama saja diberikan biasiswa dan segala peruntukan yang ada oleh kerajaan.. Anak kedua dan seterusnya adalah sepenuhnya di bawah tanggungan famili.. Layanlah gambar comel diaorg ni..
Dari tadika ni kitaorg bergerak ke tempat paling bersejarah... Forbidden City ( Kota Larangan )... Forbidden city ni luas giler.. Sebelum memasuki Kota Larangan tersebut kitaorg berjalan di Tianmen Square... Nak citer pun tak terciter.. Korg layan je lah pic kat bawah ni ea.. Enjoy....

Dah penat berjalan kat dalam kota larangan yang sememangnya besar ni, kitaorang di bawa untuk mengurut kaki plak... hehe sempat jual minyak beb sbb tukang urutnyer muda2... diaorg memang blajar kat situ.. siap ader sijil... macam sijil kemahiran lah... tp tak sangka student nyer ramai lelaki... kat situ kitaorg di larang untuk mengambil gambar.. jadi tak ader lah pic kat situ...
Keesokkan paginyer kitaorg akan bertolak pulang ke tanah air... Sebelum berangkat ke lapangan terbang... kitaorg sempatlah berjalan2 n wat shopping terakhir kat kedai2 cenderamata yang berdekatan dengan hotel penginapan kami...



Sampai sini saja coretan kali ni... Harap kauorg smua terhibur..