November 28, 2008

Teka-Teki..

Mari Kita Lihat Sejauh Mana Kemampuan Minda Kita..
Cubalah Jawab Soalan2 Di Bawah Ni Dengan Spontan..

Soalan 1..
Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Soalan 2
Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning and hitam. Apa akan terjadi pada semua stokin tersebut?

Soalan 3
Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?

Soalan 4
Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?

Soalan 5
Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?

Jawapan akan di beri setelah kembalinya ku ke Malaysia.. 02 Dis 08.. TUNGGU!!

November 27, 2008

Layan..



I’M YOURS – JASON MRAZ

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks and now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest
Nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love love
Listen to the music of the moment people dance and sing
We're just one big family
And It's our God-forsaken right to be loved love loved love loved

So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short This is our fate, I'm yours

Scooch closer dear
and i will nibble your ear

I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
My breath fogged up the glass
And so I drew a new face and laughed
I guess what i be saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It's what we aim to do Our name is our virtue

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short this is our fate, I'm yours

Well no no, well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find the sky is yours
Listen to the music of the moment come and dance with me
A lá one big family (2nd time: A lá happy family; 3rd time: A lá peaceful melody)
It's your God-forsaken right to be loved love love love

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

No please, don't complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

No please, don't hesitate no more, no more
It cannot wait
The sky is your's!

November 24, 2008

Batu Layar

23 Nov 08, Ahad lepas aku ngan member tempat keje gi picnic kat batu layar.. Last minute punya rancangan.. Kitaorg bertolak dari sini dalam kul 9.30 sampai destinasi dalam pukul 12.00.. Ambil masa 2 jam lebih jugak ler utk sampai ke destinasi.. Konvoi 4 buah kereta - 19 org.. Seronok gi ramai2 ni ditambah plak sekepala.. Masing2 dgn cara tersendiri memeriahkan suasana..
Angin bertiup sikit punya kuat sampai nak mkn pun pinggan melayang.. Musim tengkujuh lah katakan.. Ombak pun bleh tahan kuat.. So layanlah gambar yang sempat kitaorg snap..






November 21, 2008

Gelak Ketawa..



Dialog Ayam & Lembu

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macam mana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)


Gua Ajaib..

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall. Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung. Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia.
"Pak, itu amenda pak?". Bapak menjawab, "Entah lah nak.... bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh". Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut... lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup... tidak lama kemudian lif terbuka... TINGGGG!!!!!
Keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN... lantas berkatalah bapak si Bedah kepada Bedah...
"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KE MARI, KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH.. CEPAT!!!


Kawasan Larangan Memancing..

Sepasang suami isteri pergi memancing dgn perahu mereka di sebuah tasik. Si suami lebih suka memancing manakala si isteri pula lebih suka membaca. Ketika sudah memancing beberapa jam si suami memutuskan untuk tidur sejenak dan meletakkan alat pancingnya di dalam perahu. Si isteri pula terus dengan tabiat membacanya. Tiba-tiba datang seorang penjaga tasik dgn botnya dan menghampiri perahu pasangan tersebut dan berkata..

"Selamat pagi Puan.. apa yg sedang Anda lakukan??"
"Membaca !!" Jawab wanita itu. Dalam hatinya berkata.."Buta ke tak nampak aku membaca.."
"Sebenarnya Anda berada di kawasan yg dilarangmemancing" kata penjaga tasik
"Tapi saya tidak memancing..!!! Saya hanya membaca"
"Tapi saya nampak puan memiliki PERALATAN untuk itu, jadi saya mesti membawa puan ke pejabat kami untuk di denda.."
"Kalau anda membawa saya ke sana. Saya akan mendakwa anda melakukan jenayah rogol.." tengking wanita itu.
"Tapi saya tidak menyentuh Puan... !!" balas penjaga tasik kehairanan
"Ya... itu betul.. tapi anda ada PERALATAN utk itu."


Tokei Kedai..

Satu hari, di sebuah gedung membeli belah telah mengadakan jualan murah. Maka berpusu-pusulah orang ingin memasuki gedung tersebut sehingga ada yang beratur seawal2nya walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30pg.
Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan. Malangnya belum pun sempat sampai, tiba-tiba seorang lelaki di depannya menolaknya ke belakang sambil memarahi nya.
"Woi..tak nampak orang ke!!" jerkah lelaki itu.
"Sedap, sedap jer nak potong line orang.. "
Lelaki tersebut bangun semula dan cuba menuju ke depan semula. Malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh. Setelah beberapa kali mencuba utk ke depan tapi tetap tak berjaya, akhirnya dengan nada marah dia berkata...

"Ahhhhh kalau kali ni aku tak dapat jugak ke depan sana... jangan harap aku nak buka pintu kedai tu..!!" Laaaaaaaaaa... Tokey kedai rupanyer... hehehe.. kesian dia kan????






November 14, 2008

Keseronokan Mengerjakan Umrah..

Bulan 5 lepas aku dapat peluang mengerjakan umrah.. Tak ada kata-kata yang dapat di luahkan ketika pertama kali melihat Ka'abah yang menjadi kiblat setiap umat Islam seluruh dunia di depan mata.. Terasa kebesaran-Nya.. Ketenangan ketika mendirikan solat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram juga tak dapat nak di gambarkan.. Fikiran dan hati betul2 tenang.. Tak ader benda nak difikirkan.. Fikir nak wat ibadah jer.. Harap lain kali dapat ler mengerjakan ibadah haji plak.. Bila lagi kan nak gi.. Waktu muda2 nilah.. Itupun klau ader keizinanNya dan rezeki lebih.. Kat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat di ambil waktu kat Madinah dan Mekah.. Manalah tahu layan2 gambar ni terbuka hati nak gi sana.. Insya'Allah..





** Pemandangan dalam Masjid Nabawi **



** Pemandangan di Hadapan Makam Nabi **



** Pemandangan luar Masjid Nabawi **

Waktu subuh selepas menunaikan solat.. Bawah kubah hijau tu terletak nya makam Nabi junjungan kita..



Ada satu cerita yang diceritakan oleh Mutawif yang membawa kumpulan ni, cerita tentang Bilal Bin Rabah selepas wafatnya Nabi.. Betapa sayangnya dia pada Nabi sehingga tidak dapat menahan kesedihannya.. Oleh kerana terlalu sedih dengan kemangkatan Nabi dia tak sanggup duduk di Madinah.. Jadi dia pun gi merantau meninggalkan bumi Madinah.. Bila dah lama dia tinggalkan bumi Madinah pada satu malam dia bermimpi.. Nabi datang dan bertanya kat dia napa dia dah lama tak menjenguk Nabi.. Jadi esoknya pagi2 buta Bilal bin Rabah ni pulang ke Madinah.. Sampai je kat sana Bilal terus laungkan azan.. Laungan azan Bilal bin Rabah cukup sayu.. Sesayu hatinya.. Semua penduduk yang mendengar laungan azan turut terasa sedih.. Habis jer azan bilal terus menziarahi pusara Nabi.. Namun dia tetap tak dapat menahan kesedihannya.. Sama seperti sebelum2 ni.. Jadi dia membuat keputusan untuk terus mengembara dan menetap di tempat lain.. Bilal bin Rabah pernah ditawarkan tempat tinggal dan kambing oleh Saidina Aisyah supaya menetap terus di Madinah.. Tapi Bilal menolak kerana dia tak dpt nak membendung kesedihannya setiap kali mengenang Nabi.. Begitulah kisah yang diceritakan..

** Pemandangan Perkarangan Masjidil Haram **

** Suasana Di Waktu Malam dan Di Pagi Hari **





** Sa'i - Antara Safar dan Marwah **

Keindahan Wanita..



Cantiknya Wanita Kerana Kejernihan Wajah..
Manisnya Wanita Kerana Senyuman Yang Indah..
Ayunya Wanita Kerana Kesederhanaan Lahiriah..
Hebatnya Wanita Kerana Keimanan Yang Teguh..