September 04, 2009

Beruntungnya Menjadi Seorang Wanita....

KASIHNYA TUHAN PADA WANITA

Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya."Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita.Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan ‘femme’ untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut ’imraah’, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa
wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng’hamba’kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.


b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia,dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang wanita (isterinya) yang mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi,menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan

Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran-ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

April 02, 2009

Beijing..

I'M BACK!! hehehe.. Dh lama tak update blog ni.. rindu pun ada tapi nak wat camner, diri ini busy yang mengalahkan perdana menteri.. hehehe...

Sebenarnya awal bulan 3 gi berjalan makan angin.. Blum hilang penat jalan2 kat Indon tahun lepas dah berjalan lagi.. Trip kali ni jauh dari Indon... China.. Beijing.. Ikut rombongan bonda, di bawah persatuan guru2 besar.. Trip ni slama 7 hari 5 mlm.. Antara tempat2 yang kitaorg kunjungi Forbidden City (Kota Larangan), Tembok Besar China (The Great Wall Of China), Kilang sutera, Kilang mutiara, Summer Palace, Bird Nest Stadium dan beberapa shopping kompleks..

Disertai 24 org yang terdiri daripada gur2 besar.. Pada 03 Mac 09 pukul 5.30 ptg kitaorg bergerak ke KLIA.. Check in kul 10.30mlm dan flight kul 11.30mlm.. Kitaorg naik China Air.. Flight mengambil masa lebih kurang 6 jam..

Tiba di Airport Terbesar Beijing kul 6.00 pagi.. Memang besar giler airport ni.. Airport yg dibina semata-mata China jadi tuan rumah sukan olimpik... Tapi paling tak sangka cuaca yg amat sejuk.. Pakai sweater tebal pun masih terasa sejuknyer hingga menusuk ke tulang.. Suhu pada ketika itu 3 darjah celcius.. Apa lagi kesejukkan lah kitaorg ni.. Kata je dh penghujung musim sejuk tp masih bersalji..

Hidangan Breakfast..

Tour guide kitaorg bernama Maggie.. Dia baru 3 bulan blajar bahasa Indon.. jd ader jer yang tukang betulkan ayat si Maggie ni... biasa lah kan bawak pun cikgu2.. Hotel kitaorg dekat je dgn Forbidden City.. Jalan kaki tak sampai 15 minit dah sampai.. Lepas check in hotel, tmpt pertama kitaorg gi Summer Palace.. Dulu pada zaman pemerintahan maharaja China setiap denasti, pada musim panas maharaja n maharani serta gundik2 maharaja akan menghabiskan masa diorg kat istana ni.. Besar n cantik pamandangannyer klau musim panas.. waktu kitaorg tiba tu masih musim sejuk tp still cantik pemandangannyer.. Dari sini kitaorg ke pusat membeli belah.. masing2 nak bli coat tebal.. tak tahan sejuk..


Keesokkan harinya pagi2 tu lepas breakfast kitaorg ke pusat kraftangan dan kilang jade.. So dptlah kitaorg tgk bagaimana jade di hasilkan dan mcm maner diorg wat tembikar/pasu yang besar2 dari sejenis tembaga.. Nk cita pun dah lupa.. hehehe.. kauorg layan je lah gambar2 yang sempat di snap ni..

Dari sini kitaorg di bawa pula ke Tembok Besar China.. Dahlah kat tanah tinggi, angin plak kuat.. Fuyoo.. sejuk tak terkata.. bibir n kulit jadi kering.. Ada kenangan terindah kat sni.. Cikgu2 yang dah nak pencen pun masih kuat nak panjat Tembok besar ni tp yang muda2 ni hhhmmm hampeh (aku lah tu).. Gayat lah.. Rasa cam nak jatuh ke belakang.. tangga dah lah tak sama besar.. Seram ooo...



Dah penat berjalan kat tembok besar ni kitaorg tabur duit plak.. hehehe.. SHOPPING!!.. Pas shopping balik hotel then malam tu kitaorg di bawa ke sebuah restoran Halal untuk makan malam.. Lokasinyer dekat je dengan hotel kitaorg menginap.. Pemilik restoran ni berketurunan Arab so apa lagi hidangan nyer macam kat arab lah.. Ada roti nan lagi tu.. Kari.. Tetiba rasa rindu kat asam pedas masa tu.. K lah layan je lah gambar yg sempat snap kat situ..



Esoknyer pagi2 lagi kitaorg ke sebuah tadika.. Melawat tadika ni adalah aktiviti paling wajib skali.. Pergi pun dengan kelulusan Jabatan Pelajaran.. Mulanya nak melawat sekolah rendah/menengah tapi ketika tu diaorang masih bercuti.. Jadi kitaorg pun di bawa ke sebuah tadika..

Waktu kitaorg sampai budak2 ni baru je selesai wat senaman.. Tapi oleh kerana diaorng jarang dapat kunjungan orang luar jadi dengan relahati diaorg ni wat senaman sekali lagi.. Kira hari tu special cikitlah sebab wat senaman sampai 2 kali.. hehehe... Comel jer tgk diaorg wat senaman tu.. Tadika ni siap ader asrama.. Kecik2 lagi dah duduk kat asrama.. Seawal umur 3 tahun tau.. Hujung minggu baru dapat jumpa mak ayah.. Sadis betul.. Lagi sadis bila tetiba je sorg budak pompuan ni lbh kurang 4 tahun menangis n panggil maggie, mummy... Ni mesti muka mak dia cam maggie.. Rindu sangat kot kat mak dia tp sadis giler lah..

Untuk pengetahuan, kerajaan China masih mengamalkan satu keluarga satu/dua anak saja.. Cara diaorg tentukan anak dua atau sorg ialah dengan cara kalau salah seorang atau kedua2 dari pasangan tu ada adik maka mereka hanya boleh mempunyai seorang anak je.. klau dua2 anak tunggal diaorg dibolehkan untuk mempunyai 2 org anak.. Dan hanya anak pertama saja diberikan biasiswa dan segala peruntukan yang ada oleh kerajaan.. Anak kedua dan seterusnya adalah sepenuhnya di bawah tanggungan famili.. Layanlah gambar comel diaorg ni..
Dari tadika ni kitaorg bergerak ke tempat paling bersejarah... Forbidden City ( Kota Larangan )... Forbidden city ni luas giler.. Sebelum memasuki Kota Larangan tersebut kitaorg berjalan di Tianmen Square... Nak citer pun tak terciter.. Korg layan je lah pic kat bawah ni ea.. Enjoy....

Dah penat berjalan kat dalam kota larangan yang sememangnya besar ni, kitaorang di bawa untuk mengurut kaki plak... hehe sempat jual minyak beb sbb tukang urutnyer muda2... diaorg memang blajar kat situ.. siap ader sijil... macam sijil kemahiran lah... tp tak sangka student nyer ramai lelaki... kat situ kitaorg di larang untuk mengambil gambar.. jadi tak ader lah pic kat situ...
Keesokkan paginyer kitaorg akan bertolak pulang ke tanah air... Sebelum berangkat ke lapangan terbang... kitaorg sempatlah berjalan2 n wat shopping terakhir kat kedai2 cenderamata yang berdekatan dengan hotel penginapan kami...



Sampai sini saja coretan kali ni... Harap kauorg smua terhibur..

















































January 22, 2009

Tag dari Yus..

Do you think that you are hot..??
hhmmm rasa2 nya tak..


Upload a pic of you




Why do u you like this picture?
entah tak tahu....

When was the last time you eat pizza?
tak ingat.. lama gak.. mungkin bulan 3 thn lepas..

The last song you listen to?
byk sgt tak igt sbb hari2 dok dgr radio..

What are you doing rite now beside doing this..
layan internet n chat with my friend..

What name you prefer besides yours?
Erna Hany..

People to tagged
1. isHra...
2. hemo2..
3. edan..

Who is no. 1 ?
member pling weng skali... dlm apa jua keadaan dia masih bleh ketawa..

Who is no. 3?
jejaka perasan muda... umo dah 36 tp dressing cam bdk umo 20..

Say something about no. 5
.....

How about no.4?
.....

Who is no. 2?
minah yg ske tgk kartun ninja boy... tak pernah miss.. sanggup cuti semata2 nak tgk ninja boy..