November 14, 2008

Keseronokan Mengerjakan Umrah..

Bulan 5 lepas aku dapat peluang mengerjakan umrah.. Tak ada kata-kata yang dapat di luahkan ketika pertama kali melihat Ka'abah yang menjadi kiblat setiap umat Islam seluruh dunia di depan mata.. Terasa kebesaran-Nya.. Ketenangan ketika mendirikan solat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram juga tak dapat nak di gambarkan.. Fikiran dan hati betul2 tenang.. Tak ader benda nak difikirkan.. Fikir nak wat ibadah jer.. Harap lain kali dapat ler mengerjakan ibadah haji plak.. Bila lagi kan nak gi.. Waktu muda2 nilah.. Itupun klau ader keizinanNya dan rezeki lebih.. Kat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat di ambil waktu kat Madinah dan Mekah.. Manalah tahu layan2 gambar ni terbuka hati nak gi sana.. Insya'Allah..





** Pemandangan dalam Masjid Nabawi **



** Pemandangan di Hadapan Makam Nabi **



** Pemandangan luar Masjid Nabawi **

Waktu subuh selepas menunaikan solat.. Bawah kubah hijau tu terletak nya makam Nabi junjungan kita..



Ada satu cerita yang diceritakan oleh Mutawif yang membawa kumpulan ni, cerita tentang Bilal Bin Rabah selepas wafatnya Nabi.. Betapa sayangnya dia pada Nabi sehingga tidak dapat menahan kesedihannya.. Oleh kerana terlalu sedih dengan kemangkatan Nabi dia tak sanggup duduk di Madinah.. Jadi dia pun gi merantau meninggalkan bumi Madinah.. Bila dah lama dia tinggalkan bumi Madinah pada satu malam dia bermimpi.. Nabi datang dan bertanya kat dia napa dia dah lama tak menjenguk Nabi.. Jadi esoknya pagi2 buta Bilal bin Rabah ni pulang ke Madinah.. Sampai je kat sana Bilal terus laungkan azan.. Laungan azan Bilal bin Rabah cukup sayu.. Sesayu hatinya.. Semua penduduk yang mendengar laungan azan turut terasa sedih.. Habis jer azan bilal terus menziarahi pusara Nabi.. Namun dia tetap tak dapat menahan kesedihannya.. Sama seperti sebelum2 ni.. Jadi dia membuat keputusan untuk terus mengembara dan menetap di tempat lain.. Bilal bin Rabah pernah ditawarkan tempat tinggal dan kambing oleh Saidina Aisyah supaya menetap terus di Madinah.. Tapi Bilal menolak kerana dia tak dpt nak membendung kesedihannya setiap kali mengenang Nabi.. Begitulah kisah yang diceritakan..

** Pemandangan Perkarangan Masjidil Haram **

** Suasana Di Waktu Malam dan Di Pagi Hari **





** Sa'i - Antara Safar dan Marwah **

No comments:

Post a Comment