April 22, 2010

AaLaMak!! BeRat NaiK...

Napa nampak cam makin chubby jerk??.. CHUBBY??.. GEMUK??.. Ahhhh! Tidak! Tidak! Tapi itulah hakikatnyer.. Sejak sebulan dua nie memang terasa berat makin bertambah.. Lagipun selera makan semakin berselera.. Aktiviti sukan pun dah pasif jerk kan.. Mana lah tak semakin chubby ye tak??.. huhuhu.. sadisnya.. Hah! bila dh ada yg menegur mulalah susah hati.. nak timbang pun takut.. sampai terbawa2 dlm mimpi.. sendiri mau ingatlah kan.. waktu makan tak beringat, bila dh cam nie baru nak menyesal.. betul kata2 orang lama menyesal kemudian tak ada gunanyer.. hmmm!! benda dah jadik, nak wat cam ner terpaksa ler bermula dari awal..
First thing to do is tetapkan semangat.. Bukan sekadar hangat2 tahi ayam.. Tanpa semangat tak kan jadik lorr.. Lepas semangat ditetapkan barulah diet plan dilaksanakan.. Mana satu diet plan yang jadik pilihan untuk kali nie??.. Diet plan yang mudah, ringkas dan yang paling penting selamat.. Antara tips diet yang pernah diamalkan ialah :

1. Jangan terlalu memikirkan masalah berat badan. 
Jangan asyik menimbang berat badan. Ini dah termasuk dalam kategori masalah psikologi. Tak elok tue asyik timbang jerk.. sehari sampai empat hingga sepuluh kali.. Kalau penimbang tue boleh berccakap agaknyer, dah bercakap penimbang tue.. Kalau timbang, berat turun tak pe. Kalau tak turun, tentu kecewa, kan??.. Jadi cara yang paling baik ialah menimbang berat badan tidak lebih dari sekali dalam seminggu. Jika naik atau turun, barulah nampak perubahannya.
2.  Sibukkan diri dengan aktiviti yang kiter gemari, terutama sekali baru mula berdiet. 
Ini akan mengelakkan diri kiter asyik memikirkan keberkesanan diet yang kiter lakukan  atau makanan yang enak-enak.
3. Makanlah sarapan pagi awal.  
Jangan cuba elak dari mengambil sarapan pagi kerana sarapan pagi merupakan jadual pemakanan yang penting.
4. Baca nutrisi di label pemakanan sebelum memakan makanan yang dibeli. 
Jangan mengambil makanan yang tinggi kandungan lemaknya. Paling baik, makan makanan yang banyak serat.
5. Buat target berat badan yang realistik untuk dicapai dan buatlah perancangan yg sesuai.  
Jangan menyeksa diri hanya kerana nak capai target yang tak logik dalam masa yang singkat.
6. Bagi ganjaran pada diri sendiri bila target tercapai.  
Contohnya memanjakan diri di SPA ker tak pun makan satu bar coklat yang sedap tue.. sekali sekala apa salahnya..
7. Positifkan Diri.  
Yakinkan diri mamapu menurunkan berat badan.
8. Rajin melakukan senaman. 
Kalau rajin pergi lah ke gym yang berdekatan.Senaman membentuk otot dan otot membakar lemak.
9. Ubah corak pemikiran. Jangan terlalu obses untuk kurus.  
Sebaliknya cuba lebih menghargai bentuk badan kiter dan bersyukur dengan anugerah Allah.
10. Turun berat badan 1kg dalam sebulan secara tetap berbanding turun secara mendadak dan drastik. 
Ini boleh mengganggu kesihatan dan metabolisma kiter. Mungkin jikalau kiter berhenti berdiet berat badan kiter akan naik pula dengan mendadak dan berganda. Oleh itu jangan kecewa jika berat kiter tidak turun dengan cepat.
11. Makan malam awal, sebaik-baiknya sebelum atau apada pukul 7.00 mlm. 
Jangan makan makanan berat selepas waktu itu kerana kadar metabolisma yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan itu disimpan sebagai lemak.

Apa-apa pun yang penting, cara yang paling baik untuk kekal langsing dan ramping ialah mengamalkan pemakanan yang sihat + gaya hidup yang sihat.. Insya'Allah..



1 comment:

  1. hihi.. nak kurus? cari pakwe. bia rse takot sikit nak makan banyak. nnti gemuks, pakwe larii. pakwe hari tu kurus jew.. alahaii.. ^^

    ReplyDelete